Selamat Hari Malaysia, anak-anak Malaysia.
Tak pernah tak bangga bercerita yang saya ni anak Malaysia. Kalau adanya next life atau hidup semua selepas akhirat, harap dilahirkan di tanah air yang indah ini jugak.
Lokasi mantap, bebas dari bencana alam dan malapetaka. Cuaca elok sepanjang tahun dengan adanya sumber semula jadi berleluasa. Matahari, Hydro, Angin, Petroleum, Gas, Kelapa Sawit, timah, emas, arang dan lain-lain lagi. Selat Melaka pun kita punya. Rakyat berbilang kaum beramah mesra berbudi bahasa. Makanan enak macam-macam ada. Gunung dan lautan semuanya lawa-lawa. Holiday paling banyak dan disambut bersama-sama. Malaysia sememangnya negara paling best dan masyuk sekali sepatutnya.
Tahun 2020 2021 memang tak senang. Tetapi waktu yang paling teruk telahpun lepas. Saya yakin kita akan menang berlawan Covid ini tak lama lagi. Sememangnya Covid tidak dapat dihapuskan, tetapi dengan usaha program vaksin negara, jelas nampak ianya berhasil. Cahaya di hujung terowong semakin jelas kelihatan!
ChongWei sayang betol dengan negara Malaysia kita. Sempena Hari Malaysia tahun ini, jom sama-sama kita menghayati negara kita ini, dengan tukar sikit soalan dalam hati ramai. Dari “Apakah yang boleh negara lakukan demi saya?” kepada “Apakah yang boleh saya lakukan demi negara saya?”
“Ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country” – John F. Kennedy
这些抗疫的日子,大家都有着不一样的经历,无论是喜是悲是好是坏,一切终将会过去,随着时代巨轮一起跨越和向前迈进。马来西亚日这天,有句很喜欢的肯尼迪名言要跟大家分享"别问国家能为你做什么,要问你能为国家做什么!"希望马来西亚越来越好,一切可以早日回到轨道。